Aerorel pertama dibina di Melaka
Sistem pengangkutan RM1.8b siap 2012
Khamis, 28 Februari 2008, 20 Safar 1429
MELAKA: Sistem pengangkutan transit Aerorel yang pertama di Asia Tenggara akan dibangunkan di Melaka dengan anggaran kos RM1.8 bilion sejajar usaha kerajaan negeri meningkatkan rangkaian pengangkutan serta menggalakkan pertumbuhan industri pelancongan. Projek yang turut membabitkan hotel di setiap stesen persinggahan dengan jarak sejauh 18.4 kilometer akan dibangunkan Pyramid Express Sdn Bhd dalam dua fasa dan dijadualkan siap sepenuhnya pada suku pertama 2012.
Pengarah Urusannya, Lim Sue Beng, berkata fasa pertama membabitkan RM586 juta meliputi pembinaan 10 stesen persinggahan bermula dari Plaza Tol Ayer Keroh hingga Dataran Pahlawan di Bandar Hilir, manakala fasa kedua bernilai RM807 juta membabitkan jarak sejauh 8.7 kilometer. Katanya, sembilan stesen lain yang akan dibina adalah Zoo Melaka, Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Dataran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Melaka Mall, Hospital Melaka, Stesen Melaka Sentral, Hang Tuah Mall, Menara Jam Besar (Bangunan Stadthuys) dan Mahkota Medical Centre (Dataran Pahlawan). “Jarak perjalanan bagi fasa pertama adalah 9.5 kilometer. Setiap 10 lokasi perhentian bakal dilengkapi kemudahan hotel yang menyediakan 2,500 bilik,” katanya selepas perasmian majlis pecah tanah projek di Dataran MBMB yang disempurnakan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, semalam.
Hadir sama, Datuk Bandar Melaka Bandaraya Bersejarah, Yusuf Jantan serta Pengarah Pemasaran dan Pembangunan Aerobus Malaysia, Datuk Aripin Mohktar. Lim berkata sistem Aerorel di Melaka lebih unik berbanding sistem transit rel ringan (LRT) ataupun monorel kerana setiap gerabak Aerobus yang menggunakan trek kabel tergantung seperti kereta kabel boleh memuatkan 280 hingga 300 penumpang bagi setiap perjalanan. Katanya, struktur binaan yang merentasi Bandaraya Melaka Bersejarah dijamin selamat kerana menggunakan bahan slender steel pylon, iaitu bahan sama digunakan di Jambatan Golden Gate di Amerika Syarikat. “Antara kelebihan sistem ialah lebih murah kerana kos perbelanjaan bagi menggerakkan gerabak Aerobus menggunakan kuasa elektrik hanya antara RM18 hingga RM25 bagi setiap kilometer, berbanding sistem pengangkutan lain,” katanya.
Komen:
Kewujudan aerorel di Melaka amat membanggakan rakyat Malaysia kerana julung-julung kalinya ia diadakan di negara ini. Ini menunjukkan bahawa perkembangan sistem pengangkutan di negara kita mampu bersaing dan setanding dengan negara luar. Kewujudan aerorel ini juga mampu menarik lebih ramai pelancong untuk berkunjung ke negara kita khususnya, ke negeri Melaka yang terkenal dengan bandar bersejarahnya. Dengan kemudahan yang disediakan berdekatan dengan setiap stesen yang dibina mampu menarik dan memikat hati para pengunjung yang ingin mencuba aerorel ini. Sistem ini juga dikatakan
Thursday, February 28, 2008
Thursday, February 21, 2008
lagu puisi yg mendamaikan...
kita ini tetamu senja, permata untuk isteri, katakan padaku, mencari cinta yg hilang, ke makam bonda, nyanyian pantai timur dan kau yg satu merupakan antara lagu2 puisi yang dapat mendamaikan hati sesiapa yg mendengarnya... para penyair mempunyai daya cipta yg tinggi... daya cipta ini adalah anugerah Allah S.W.T dan tdk semua manusia memiliki daya cipta yang amat bernilai ini...
Subscribe to:
Posts (Atom)